BBM3410 SALAM TERAKHIR

bila aku menulis blog ni aku jadi sedih lak...rupa2nya aku dah 3 tahun dah duduk sini...macam2 pengalaman aku dapat..dan yang paling bagus..aku pandai buat video, kalendar, blog, website yang xpernah2 aku terpikir nak buat...Dr Notts banyak mengajar aku erti sebuah multimedia..betapa pentingnya multimedia kepada seorang pelajar.. Terima kasih Dr...Alhamdulillah pelbagai kesusahan dan keperitan aku lalui untuk menyiapkan semua ni..tapi atas kerjasama kumpulan aku iaitu Shakila dan Wan Salmiah,.aku dapat menyiapkan tugasan ini..tanpa mereka siapalah aku dalam kumpulan ini..

pelbagai dugaan kami lalui..terutama apabila berhadapan dengan mulut manusia..tanpa kami sengaja..kami kehilangan seorang sahabat..tapi Demi Allah..aku dah maafkan dia dan tiada sekelumat pun perasaan benci terhadap dia..apa pun dia katakan..kami akan terus berdiam selagi badan masih mampu untuk bertahan..

Dr Notts banyak mengajar kami erti kerja keras untuk berjaya..tanpa usaha dan pengorbanan..kami tidak akan menghargai sebuah karya yang dihasilkan...kami bersyukur kerana dapat mengambil kursus ini dan dengan hasil kerja keras kami..kami berjaya laksanakan...Pelbagai dugaan dan halangan kami terima..dalam kumpulan..bukan semuanya yang dapat menerima pendapat kita..tapi bertolak ansur itu penting untuk memastikan kita tidak bepecah..Tapi...langit tidak selalunya cerah..rupanya hujan ditengan hari...akhirnya kumpulan kami ditimpa masalah..tapi kami redha andai itu dapat menggembirakan ati dia..

salam terakhir ini aku tujukan kepada kawan2 seperjuangan yang banyak membantu aku dalam menjayakan projek yang diberikan..Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Normaliza Abd Rahim kerana banyak membantu sama ada dalam kursus ini mahupun dalam projek ilmiah aku..dalam ketegasan,,ada kasih sayang  dan aku berasa terharu kerana beliau tidak henti2 memberi tunjuk ajar kepada kami..Bak kata orang..dalam marah..ada sayang..hargailah sementara masih ada yang sayang kita..

rakan2..aku hargai pertolongan dan kerjasama korang semasa kita menjayakan tugasan yang diberikan..tidak ku lupa jasa korang sepanjang kita bersama..terima kasih yaa rabbi..terima kasih dR..terima kasih kawan2..terima kasih ayah ibu..terima kasih abang kakak dan terima kasih wahai cinta...

Tiada ulasan: